Wednesday, 7 October 2015

Sukacita dimaklumkan bahawa Pertandingan Menulis Cerita Peringkat Daerah Tongod, Telupid akan diadakan. Maklumat berkenaan pertandingan tersebut boleh dimuat turun di sini.

Adalah diharapkan agar semua sekolah dapat mengambil bahagian dalam pertandingan ini. Sila berhubung dengan Encik Renyold Jisli jika terdapat sebarang pertanyaan.

Tuesday, 23 June 2015


Salam sejahtera. Semua Guru ICT/GPB dan Admin VLE sekolah diminta untuk mengisi dan melengkapkan Instrumen Khidmat Sokongan VLE 2015.

Tarikh tutup pengisian instrumen ini adalah pada 30 Jun 2015.

Sila klik DI SINI untuk mengisi Instrumen Khidmat Sokongan VLE 2015.

Memandangkan instrumen ini menggunakan Google Form dan tidak menghantar salinan kepada PKG, maka pihak PKG tidak dapat membuat senarai semak sekolah yang sudah dan belum mengisi instrumen tersebut. Oleh itu, mohon agar tuan/puan dapat mengisi Borang Status Penghantaran Instrumen Khidmat Sokongan VLE 2015 selepas pengisian dilakukan.

Jasa baik tuan/puan sangat dihargai. Terima kasih

Tuesday, 19 May 2015




Adalah dimaklumkan bahawa Penarafan Pusat Sumber 2015 dan i-NILAM telah dibuka bagi sesi 2015.

Mohon agar semua GPM dapat melengkapkan penarafan i-NILAM dan IQ-PSS pada laman berikut:

Tarikh tutup penarafan adalah pada 12 JUN 2015.

 Sila hubungi PKG Telupid jika ada pertanyaan.


Salam sejahtera.

Aduan kerosakan peralatan ICT masih dibuka. Jika sekolah tuan/puan mempunyai peralatan ICT yang telah rosak dan perlu diselenggara, sila buat aduan di http://sts.moe.edu.my/.

Sila pastikan dokumen peralatan ICT adalah lengkap untuk memudahkan proses penyelenggaraan.

Mohon agar tuan/puan dapat memberikan salinan aduan tersebut kepada PKG Telupid untuk tujuan verifikasi.

Jika ada pertanyaan, sila berhubung dengan PKG.

Terima kasih.

Monday, 18 May 2015

Baru-baru ini laman rasmi PKG Telupid telah mengalami masalah dalam kemaskini sistem. Admin terpaksa mengubah semula laman ini secara keseluruhannya.

Admin sedang berusaha untuk memastikan laman ini berfungsi dengan baik dan boleh digunakan dengan mantap.

Mohon maaf atas kesulitan yang dialami.

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!